Lelaki tular bawa parang rosakkan harta benda awam ditahan

Tangkap layar kenyataan tular oleh netizen hingga menarik perhatian ramai. - Foto tular
Tangkap layar kenyataan tular oleh netizen hingga menarik perhatian ramai. - Foto tular
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki bersenjatakan parang yang merosakkan harta benda awam dan mendatangkan kegusaran penduduk di sebuah taman perumahan di Lorong Permatang Badak tular dalam satu video di laman sosial Facebook pada Ahad telah ditahan polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, lelaki berusia 29 tahun ditahan di lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati lelaki itu dipercayai mempunyai masalah mental dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Video durasi 42 saat itu memaparkan lelaki terbabit membela ayam dan itik di hadapan rumah serta memasang radio dengan kuat di kawasan perumahan tersebut hingga mengganggu keselesaan dan ketenteraman awam.

Video berdurasi 42 saat itu memaparkan lelaki terbabit membela ayam dan itik di hadapan rumah serta memasang radio dengan kuat di kawasan perumahan tersebut pada Ahad.
Video berdurasi 42 saat itu memaparkan lelaki terbabit membela ayam dan itik di hadapan rumah serta memasang radio dengan kuat di kawasan perumahan tersebut pada Ahad.

Malah lelaki itu dikatakan turut mengancam jiran yang menegurnya dengan parang sekali gus menimbulkan ketakutan dan keresahan dalam kalangan masyarakat di situ.

Wan Mohd Zahari memaklumkan, tiada orang awam mengalami kecederaan.

Sehubungan itu, polis menasihat orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung kejadian berkenaan.